Copyright © 2026 Bimmers Autohaus Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Profil Syarikat

Recond Alor Setar

(Bimmers AutoHaus Sdn. Bhd.)

BIMMERS AUTOHAUS merupakan sebuah nama perniagaan, branding yang dikenali di negeri Kedah yang beroperasi dalam bidang automotif sejak 2017 lagi dan pada 29 Mei 2019, syarikat ini telah dikorporatkan dan secara rasmi didaftarkan sebagai BIMMERS AUTOHAUS SDN BHD (No. Pendaftaran: 1328416-M). Sejak penubuhannya, syarikat terus berkembang dan beroperasi hingga kini.

Syarikat ini khusus dalam perkhidmatan membaik pulih enjin dan transmisi (gearbox) untuk kenderaan import, termasuk jenama Eropah dan Asia. Fokus utama kami adalah menjadi sebuah pusat servis kereta yang terkemuka dengan menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang cepat, mesra pelanggan, serta menitikberatkan kualiti kerja yang tinggi bagi mengurangkan risiko kerosakan berulang yang merugikan pelanggan.

Kini, Bimmers Autohaus melebarkan sayap dalam segmen baru, iaitu mengimport kereta mewah recond dari pelbagai negara untuk memenuhi permintaan-permintaan pasaran dalam menyediakan unit-unit kereta mewah import recond yang terbaik untuk para pelanggan di seluruh Malaysia.

Selain cawangan utama Recond Alor Setar, kami juga mempunyai sebuah cawangan di Lebuhraya Tunjong–Pasir Mas, Kota Bharu, Kelantan, bagi memudahkan pelanggan di Pantai Timur mendapatkan pilihan kereta import recond terbaik serta perkhidmatan daripada pasukan Bimmers Autohaus.

recond alor setar

Senarai Kereta Recond Terkini

Kenapa Pilih Kami?

1. Kereta Recond Berkualiti Tinggi

Kami hanya memilih kereta recond yang lulus pemeriksaan ketat dari Jepun dan negara asal dengan keadaan enjin, dalaman, dan luaran berada tahap terbaik sebelum dijual kepada pelanggan.

2. Harga Berpatutan Tanpa Caj Tersembunyi

Kami menawarkan harga yang kompetitif tanpa kos tersembunyi. Pelanggan boleh semak spesifikasi dan sejarah kereta dengan jelas sebelum membuat keputusan pembelian.

3. Proses Pembelian Mudah & Pantas

Dari pemilihan kereta hingga ke urusan pinjaman dan pendaftaran, semuanya kami uruskan. Kami bantu pelanggan melalui setiap langkah dengan pantas dan profesional, termasuk urusan JPJ dan PUSPAKOM.

4. Jaminan & After Sales yang Dipercayai

Kami menyediakan jaminan untuk tempoh tertentu serta sokongan after sales seperti servis berkala dan bantuan teknikal. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.

Serahan Kereta Pelanggan

Testimoni Pelanggan

Miliki Kereta Impian Anda Hari Ini!

Kereta Recond Berkualiti Dengan Harga Berpatutan.

✅ Banyak pilihan stok ready.
✅ Proses mudah & telus.
✅ Kunjungi showroom kami hari ini.